𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 “𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 153: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐤 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚”

𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 “𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 153: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐤 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚”
Anjuran : Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM Shah Alam

KKUUiTM hadir ke Forum ini yang membincangkan secara mendalam maksud sebenar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
serta kepentingannya dalam memelihara hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, sambil memastikan keharmonian antara kaum di Malaysia.
 
Forum ini dibahas oleh ahli-ahli panel yang professional termasuk, YBhg. Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM,
dan YBhg. Prof. Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz, Professor Madya, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, UIAM.
Forum ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Amer shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa).

Antara perbincangan utama dalam forum ini:
📌 Perkara 153 bukan sekadar mengenai hak keistimewaan, tetapi juga tanggungjawab bersama dalam membina negara yang adil dan harmoni.
📌 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai asas penting dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, memastikan kestabilan serta kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.
📌 Bagaimana pemahaman yang tepat terhadap Perlembagaan dapat mengukuhkan perpaduan nasional tanpa menjejaskan hak mana-mana kaum.

476118479_10229970655823001_1756134224044012555_n.jpg 476119328_10229970656623021_5472846775748203026_n.jpg 476276135_10229970656703023_9183947371372031421_n.jpg

476373659_10229970655943004_7088406156686269200_n.jpg 4b2e4b59-e880-41c3-bf5d-67b243ca322d.jpg 93765085-2b29-4560-a336-92fab44a6258.jpg