𝗠𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝗖𝗨𝗘𝗣𝗔𝗖𝗦 𝗡𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝗦𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐁𝐢𝐥1/2025
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa CUEPACS Negeri Selangor Bil.1/2025 telah diadakan pada 24 Januari 2025 di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang.
Pada mesyuarat ini juga dijalankan sesi serah tugas Portfolio Pengerusi CUEPACS Negeri Selangor daripada Haji Zulkifli kepada Encik Suhaini. Haji Zulkifli akan bersara wajib pada 3 Februari 2025.
Hadir bersama dalam sesi ini ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Adnan Mat, Presiden CEUPACS dan Tuan Haji Azahar Ibrahim, Pengarah Jabatan Pertanian Selangor dan semua jawatankuasa.












