ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‹πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‹πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇
6 November 2024
Dewan Temenggong, UiTM Johor Kampus Segamat

Kesatuan Kakitangan Umum cawangan Johor, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Negeri Johor telah mengadakan Proram Belia Madani Sejahtera Tanpa Dadah. Program Kali IniΒ dirasmikan oleh
YBrs. Tuan Mohd Masni Bin Wakiman,Β Pegawai Daerah Segamat.

Turut hadir, YBhg. Prof. Madya Dr. Saunah Binti Zainon, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Johor, Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed,
Presiden Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) dan Tuan Haji Mohd Helmi Bin Dato’ Sha’ri @ Shangari Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Tuan Zulkarnain Bin Mohammad, Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK
Negeri Johor,Β ketua-ketua jabatan, mahasiswa UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
Tangkak danΒ pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak.
Β 
Program ini bertujuan untuk memupuk minda anak muda melalui hiburan secara sihat tanpa sebarang pergantungan dadah dan bahan selain membina
jaringan bersama rakan strategik diantara pihak Agensi Antidadah Kebangsaan dan UiTM.
Β 
Antara intipati program yang dilaksanakan adalah ucapan aluan oleh Tuan Azli Bin Ubin, Pengarah AADK Negeri Johor, ucapan perasmian
Tuan Mohd Masni Bin Wakiman,Β Pegawai Daerah Segamat, taklimat SKUAD Antidadah, Dadah Terkawal 2025 dan perkongsian
diiringi persembahan dari artis jemputan dari Ameng Spring dengan 4 buah lagu.
Β 
Dalam program yang sama, para peserta program turut berkesempatan melawat Bas Pameran AADK dan reruai pameran antidadah selain mengambil
peluang untuk sesi pendaftaran ahli sukarelawan SKUAD Antidadah.
Β 
Β Β 

CONTACT US

KESATUAN KAKITANGAN UMUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KKUUiTM)Β 
Aras 1, Kompleks Teratai 1, UiTM
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Malaysia
Tel:Β +603-55443739
HP: +019 2448486

Β  Β  Β  Β  Β 

Β  KESATUAN KAKITANGAN UMUM
UNIVERSITI TEKNOLO
GI MARA