𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
19 Oktober 2024
Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.

Majlis dibuka dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed, Pengerusi CUEPACS Negeri Selangor
dan diikuti oleh ucapan pembukaan oleh YBrs. Encik Mohd Zool Asmani bin Mahmood, Timbalan Setiausaha Agung III CUEPACS Malaysia.
Acara kemuncak dan simbolik perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya, Ahli Dewan Negara
Merangkap Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
 
Sebanyak 13 Pasukan daripada ahli-ahli Kesatuan dibawah CUEPACS Negeri Selangor telah menyertai kejohanan ini Seramai 200 orang pemain
dan juga penyokong telah hadir ke kejohanan yang penuh meriah ini. Hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, RM700, RM500 dan RM400
telah disediakan bagi juara hingga ke tempat ke-4. Pasukan futsal daripada Anulae Cawangan Shah Alam telah menjuari kejohanan ini.
Pasukan KKUUiTM hanya berjaya sampai ke peringkat Suku Akhir. Tahniah kepada semua pemain
 
Kejohanan futsal yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan aktiviti sihat selamat mengeratkan silaturahim
serta ukhwah sesama ahli kesatuan. Turut bersama pada kejohanan ini iaitu YBrs. Encik Barudin bin Baharin, Pegawai Pelajaran CUEPACS Negeri Selangor
merangkap Ketua Program dan YBrs. Mohd Noor Helmy Abd Kadir, Penyelaras Kejohanan Futsal.
 

CONTACT US

KESATUAN KAKITANGAN UMUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KKUUiTM) 
Aras 1, Kompleks Teratai 1, UiTM
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Malaysia
Tel: +603-55443739
HP: +019 2448486

         

  KESATUAN KAKITANGAN UMUM
UNIVERSITI TEKNOLO
GI MARA