"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin."
Semoga Hari Raya ini membawa lebih banyak keberkatan dan kebahagiaan kepada kita sekeluarga serta membuka pintu hati ke arah keampunan.
Di Hari Raya Fitrah ini, semoga kita semua dapat melepaskan apa jua kesilapan masa lalu dan menyambut masa depan dengan keindahan hati yang ikhlas.
Dengan hati yang penuh harapan, marilah kita bersama -sama menyambut hari lebaran ini, Hari Raya Aidilfitri dengan semangat baharu dan azam yangteguh untuk menjadi insan yang lebih baik disamping memperkuatkan ikatan kasih dan ukhuwah sesama kita.
Ikhlas daripada : Majlis Jawatankuasa Kerja KKUUiTM