𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌
Sekali lagi atas maklum balas yang sangat baik dan permintaan ramai staf yang tidak sempat hadir tempoh hari. Demi menjaga kepentingan kesihatan ahli Kesatuan dan keluarga, pihak Kesatuan telah mendekatkan langkah untuk mendapatkan perlindungan insurans CUEPACS CARE dengan mudah.
Bagi memudahkan semua ahli Kesatuan mendapatkan makluman untuk membeli pakej Insuran yang boleh melindungi seisi keluarga dengan harga RM85 sebulan(paling rendah) Khas Untuk Warga Universiti melalui potongan gaji, Sehubungan dengan itu kaunter penerangan dan dokumentasi akan diadakan seperti berikut.
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟑 & 𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 & 𝐑𝐚𝐛𝐮)
𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒 𝐂𝐀𝐑𝐄
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟗:𝟑𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢-𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐔𝐢𝐓𝐌, 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝟏 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚𝐢 𝟏, 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦
Demi memikirkan perlindungan kesihatan kepada ahli dan keluarga waktu ini amat penting, kami di Kesatuan merasakan proses kerja ini amat tepat, supaya ahli faham tujuan perlindungan ini dan memudahkan proses perubatan di Hospital ketika keperluan mendesak satu hari nanti.
Jangan sia-siakan peluang ini, penyakit makin bertambah bil hospital makin meningkat, tak beli tak mengapa, dapatkan info lengkap dari wakil jualan ini supaya anda tidak merasa kerugian di kemudian hari. Pihak Kesatuan hanya membantu memudahkan urusan mendapatkannya, andalah penentu segalanya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda dan keluarga.